Hannan Medispa
Hannan Medispa

Hannan Medispa

Hannan Medispa Sdn Bhd (menjalankan perniagaan sebagai Hannan Medispa) adalah merupakan sebuah pusat kecantikan spa perubatan di Malaysia, ditubuhkan dengan objektif teras perniagaan mereka "untuk menjadikan dunia tempat yang lebih indah."[1]Diasaskan oleh Dr.Mohd Hannan Yusof pada 2012, Hannan Medispa menggunakan teknologi canggih dan rawatan inovatif dengan pelbagai ramuan berbeza dalam penghasilan rangkaian penjagaan dan rawatan kecantikan pelanggan mereka. [2] Dengan lebih daripada 100 cawangan[3] dan lebih daripada 3 juta pelanggan di seluruh Malaysia, Hannan Medispa boleh dianggap sebagai salah satu jenama terkemuka yang merevolusikan industri estetik di Malaysia dengan tumpuan kepada rawatan kecantikan semula jadi terutamanya untuk terapi muka, jerawat dan pigmentasi serta pelangsingan badan. Syarikat ini juga menawarkan rangkaian produk kecantikan penjagaan kulit, rambut dan rawatan badan di bawah jenama Hannan Cosmetics.Semua cawangan spa Hannan Medispa menampilkan reka bentuk dalaman yang moden dan mewah, sesuatu yang dianggap sebagai pembaharuan dalam industri estetik di mana berbeza dengan reka bentuk kebanyakan spa tradisional yang lain di Malaysia. Menurut pengasasnya, syarikat itu berusaha untuk menawarkan suasana kemewahan, relaksasi dan kelonggaran dan kesegaran dari saat pelanggan melangkah ke spa mereka.